Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Op Mabuk Polis Menahan 1 236 Pemandu Mabuk

Published: 27 Jun 2020 3.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 27 Jun 2020 - Polis sudah menahan 1,236 pemandu selepas ujian mendapati paras alkohol dalam badan mereka melebihi daripada kadar ditetapkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-op-mabuk-polis-menahan-1-236-pemandu-mabuk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:31 MYT

Kuala Lumpur, 27 Jun 2020 - Polis sudah menahan 1,236 pemandu selepas ujian mendapati paras alkohol dalam badan mereka melebihi daripada kadar ditetapkan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Dato' Azisman Alias, berkata polis mengadakan 507 Operasi Mabuk (Op Mabuk) di seluruh negara, dari awal tahun ini hingga 15 Jun lalu.

Beliau berkata, 14,949 pemandu diperiksa menerusi operasi itu.

"Kita mengandakan operasi serta pemeriksaan menerusi pelaksanaan Op Mabuk dalam usaha membanteras pengambilan alkohol dalam kalangan pemandu.

"Sebagai contoh, kita periksa 14,949 pemandu dari Januari hingga 15 Jun lalu, berbanding hanya 6,426 individu dalam tempoh sama tahun lalu," katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Dato' Azisman berkata, pihaknya akan terus melaksanakan Op Mabuk setiap hari dan mengandakan operasi pada hujung minggu.

"Kami memandang serius mengenai isu pemandu mabuk dan akan mengandakan operasi pada hujung minggu.

"Mereka yang didapati melakukan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol boleh di dakwa mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 2 people, text
ArticlePublished 27 Jun 2020 3.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM