Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Mohon Kebenaran Polis Elak Patah Balik

Published: 28 Oct 2020 3.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 28 Oktober 2020 - Masih ramai yang memberi pelbagai alasan sehingga diarah berpatah balik di sekatan jalan raya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-mohon-kebenaran-polis-elak-patah-balik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 08:31 MYT

Kuala Lumpur, 28 Oktober 2020 - Masih ramai yang memberi pelbagai alasan sehingga diarah berpatah balik di sekatan jalan raya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi mengelakkan perkara tersebut berulang, kebenaran perlu dipohon di balai polis jika ada keperluan bergerak ke sesuatu tempat, merentas negeri di bawah pelaksanaan PKPB atau keluar dari lokaliti dan kawasan PKPD.

"Contohnya PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ingin merentas ke Pahang. Jika tiada surat kebenaran, pastinya tidak dibenarkan dan diarahkan berpatah balik," katanya pada sidang akhbar di Wisma Pertahanan di sini semalam.

Beliau berkata, sehingga kelmarin, sebanyak 297 sekatan jalan raya di seluruh negara dan 310 kenderaan telah diarah berpatah balik membabitkan Sabah (201 kenderaan), Johor (64) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (45).

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian berikut.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, eyeglasses and text

ArticlePublished 28 Oct 2020 3.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM