Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Malaysia Tegas Bukan Rasis
Di sebalik pengiktirafan dan pujian dunia susulan kejayaan Malaysia meratakan lengkungan jangkitan kes COVID-19, muncul pula cerita tidak enak yang meniupkan api kemarahan rakyat baru-baru ini.
Angin kemarahan tersebut tidak lain tidak bukan berpunca daripada dokumentari terbitan media antarabangsa, Al Jazeera bertajuk "Locked Up in Malaysia's Lockdown".
Video berdurasi 25 minit 50 saat itu mendakwa pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini ditindas kerajaan Malaysia ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.
Wartawan Al Jazeera di dalam video tersebut dengan ghairah mengisahkan seolah-olah PATI di negara ini tidak diberi diberi layanan sewajarnya meskipun telah menyumbang kepada pembangunan Malaysia dengan bekerja dalam sektor pembinaan.
Video yang mencalar imej negara itu turut dipandang serius pihak berkuasa dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam pada itu, Jabatan Imigresen juga bertindak mengesan seorang lelaki Bangladesh yang dipercayai terlibat dalam dokumentari tersebut bagi membantu siasatan.
Video yang mendapat lebih 1.2 juta tontonan sejak di muat naik pada 3 Julai lalu itu menimbulkan persoalan sejauh mana kebebasan media dalam menghasilkan sesebuah laporan.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.
Sumber: Sinar Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
