
Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Klang Sandakan Papar Tuaran Dikenakan Pkpb
Kuala Lumpur, 8 Oktober 2020 - Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang, Selangor dan di Sandakan, Tuaran serta Papar di Sabah bermula jam 12.01 tengah malam tadi.
Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan dibuat Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di empat daerah berkenaan yang kini diisytiharkan Zon Merah.
"PKPB ini dilaksanakan bagi membendung jangkitan COVID-19 di kawasan itu serta melaksanakan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dalam tempoh 14 hari,” katanya pada sidang media secara maya dari kediamannya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan semalam.
Berikutan itu Dato' Sri Ismail Sabri berkata, pergerakan keluar masuk di keempat-empat kawasan PKPB berkenaan tidak dibenarkan.
"Hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang dan rantaian yang berkaitan adalah dibenarkan.
"Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (M1TI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terbabit di kawasan berkenaan," katanya lagi.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.
Sumber: Berita Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN