Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Integriti Polis Pendekkan Pusingan Kerja Kepada Tiga Tahun

Diterbitkan: 27 Jun 2020 2.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 27 Jun 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memendekkan tempoh pusingan kerja daripada lima kepada tiga tahun bagi anggota dan pegawai yang bertugas di lokasi panas seperti sempadan atau perairan negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-integriti-polis-pendekkan-pusingan-kerja-kepada-tiga-tahun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:49 MYT

Kuala Lumpur, 27 Jun 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memendekkan tempoh pusingan kerja daripada lima kepada tiga tahun bagi anggota dan pegawai yang bertugas di lokasi panas seperti sempadan atau perairan negara.

Ini bagi mengelak salah guna kuasa seperti pegawai dan anggota mencari wang tambahan dengan bersekongkol bersama penjenayah seperti penyeludupan manusia dan bahan telarang.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, CP Dato' Zamri Yahya, berkata perbuatan segelintir polis yang terbabit dengan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) atau dadah tidak sepatutnya berlaku.

"Perbuatan mereka satu kesalahan yang amat besar dan berat kerana PDRM entiti yang diberikan amanah untuk menguatkuasakan undang-undang negara dan menjaga keselamatan serta ketenteraman awam.

"Tindakan paling keras akan diambil ke atas mereka yang terbabit dengan kegiatan itu. Tiada kompromi dalam soal integriti." katanya ketika dihubungi Berita Harian. semalam.

Dato' Zamri berkata, pengurusan tertinggi PDRM sentiasa memikirkan strategi mencegah penyelewengan daripada terus berlaku dalam kalangan anggota dan pegawai bagi menjaga nama baik polis.

Beliau berkata, pusingan kerja setiap tiga tahun akan dibuat secara berhemah dengan mengambil kira kemampuan kewangan PDRM dan tidak menjejaskan operasi.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person
ArtikelDiterbitkan 27 Jun 2020 2.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM