Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Adab Bertamu Hormatilah Tuan Rumah

Published: 17 Jul 2020 10.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Baru-baru ini sebuah nama berlegar di dada akhbar dan media sosial. Nama itu adalah Rayhan Kabir kononnya menjadi suara untuk pendatang asing di Malaysia dan pembela kepada mereka dalam pengurusan wabak Covid-19 oleh kerajaan terhadap golongan terbabit.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-adab-bertamu-hormatilah-tuan-rumah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:32 MYT

Baru-baru ini sebuah nama berlegar di dada akhbar dan media sosial. Nama itu adalah Rayhan Kabir kononnya menjadi suara untuk pendatang asing di Malaysia dan pembela kepada mereka dalam pengurusan wabak Covid-19 oleh kerajaan terhadap golongan terbabit.
Menjadi suara dan pembela tidak salah dalam sebuah negara demokrasi yang mengamalkan kebebasan bersuara. Apa yang menjadi kesalahan apabila fakta diseleweng dan maklumat yang disampaikan berbentuk fitnah dan mengundang prasangka buruk.
Lebih tidak betul apabila pihak yang dibela ialah kelompok yang melanggar undang-undang dan kedaulatan negara yang diduduki.
Proses penghijrahan penduduk dunia yang disebut ketika ini paling besar berlaku dalam sejarah akibat konflik seperti peperangan, kemiskinan dan kebuluran merubah dinamika undang-undang dan hubungan antarabangsa.
Negara terpaksa tunduk menerima kehadiran orang baharu ke tempat mereka dalam kuantiti sangat besar membabitkan jutaan manusia, keadaan yang tak pernah dilalui sejak Perang Dunia Pertama.
Ketika inilah kita perlu menjadi bijak dalam mengurus 'orang baru' lantaran tidak semua yang berpindah melayakkan mereka diberi kelonggaran terhadap undang-undang dan menikmati segala kemudahan negara secara percuma.
Sumber: Harian Metro
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
ArticlePublished 17 Jul 2020 10.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM