Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 37 Berparti Liar Ditahan

Published: 06 Jul 2020 4.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Alor Gajah, 6 Julai 2020 - Seramai 37 individu termasuk enam wanita dengan tiga daripada mereka warga Indonesia, ditahan ketika meraikan parti liar sambutan hari lahir di sebuah rumah di taman perumahan di Pulau Sebang, di sini malam kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-37-berparti-liar-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:47 MYT

Alor Gajah, 6 Julai 2020 - Seramai 37 individu termasuk enam wanita dengan tiga daripada mereka warga Indonesia, ditahan ketika meraikan parti liar sambutan hari lahir di sebuah rumah di taman perumahan di Pulau Sebang, di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah menyerbu sebuah rumah pada jam 12.50 malam selepas menerima maklumat awam.

"Mereka yang berusia antara 20 hingga 43 tahun menjalani ujian air kencing dan semuanya positif dadah, dipercayai jenis methamphetamine.

"Pemeriksaan lanjut menjumpai 16 pil ecstacy dan satu botol plastik kecil yang disyaki berisi dadah ketamin," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Selain itu, mereka turut dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), katanya.
Polis memberi amaran supaya orang ramai tidak terbabit dalam kegiatan penagihan dadah dan parti liar seumpama itu.

Katanya, PKPP bukan tiket untuk orang ramai terbabit dalam perhimpunan.
Sumber: Berita Harian

ArticlePublished 06 Jul 2020 4.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM