Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 21 Ditahan Dalam Parti Liar Di Rumah Warga Jerman

Diterbitkan: 06 Jul 2020 2.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 Julai 2020 - Polis menahan 21 individu termasuk 10 warga asing yang menyertai sambutan hari jadi bertukar parti liar di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-21-ditahan-dalam-parti-liar-di-rumah-warga-jerman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:01 MYT

Kuala Lumpur, 6 Julai 2020 - Polis menahan 21 individu termasuk 10 warga asing yang menyertai sambutan hari jadi bertukar parti liar di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Tuan Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, serbuan dilakukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields jam 1.30 pagi.
"Hasil serbuan, kami menahan 11 lelaki dan 10 wanita membabitkan 10 warga tempatan dan 11 warga asing.
"Daripada jumlah itu, seorang individu tempatan yang ditahan adalah penganjur. Semua suspek berkenaan berusia 20 hingga 39 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
ACP Tuan Zairulnizam berkata, pihaknya turut merampas dadah jenis methaphetamine dianggarkan seberat 0.5 gram dalam serbuan itu.
"Siasatan awal mendapati kediaman itu disewa secara percuma kepada penganjur oleh seorang lelaki warga Jerman yang dikenali melalui aplikasi laman sesawang kelab gay iaitu Grindr.
"Bekalan dadah itu pula diperoleh daripada seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Gordon. Individu yang menyertai parti itu dijemput melalui aplikasi WhatsApp dan tiada sebarang bayaran masuk dikenakan " katanya.
Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati sembilan suspek yang ditahan positif dadah.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta sama. Semua suspek yang positif dadah direman tiga hari untuk siasatan lanjut.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro berikut.
Sumber: Harian Metro
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 21 Ditahan Dalam Parti Liar Di Rumah Warga Jerman
ArtikelDiterbitkan 06 Jul 2020 2.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM