Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Samseng Jalanan Pandu Lawan Arus Elak Ditahan Polis

Diterbitkan: 12 Jul 2020 7.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 12 Julai 2020 - Bagi meloloskan diri daripada sekatan jalan raya, lima penunggang motosikal memandu melawan arus di Jalan Pandan 1 menghala ke Ampang, di Ampang Jaya, tengah malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-samseng-jalanan-pandu-lawan-arus-elak-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:06 MYT

Kuala Lumpur, 12 Julai 2020 - Bagi meloloskan diri daripada sekatan jalan raya, lima penunggang motosikal memandu melawan arus di Jalan Pandan 1 menghala ke Ampang, di Ampang Jaya, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, lima pembonceng motosikal terbabit melakukan aksi berani mati itu dipercayai bagi mengelak dua sekatan jalan raya di Jalan Pandan Jaya susur ke Ampang dan Jalan Pandan Jaya ke Shamelin.

Itu antara situasi yang berlaku di sekatan jalan raya Operasi Mabuk dan Samseng Jalanan di Jalan Pandan 1, di Ampang Jaya yang bermula jam 11 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, pihaknya melakukan sekatan jalan raya di seluruh negeri pada setiap jumaat, sabtu dan ahad bermula antara jam 7.00 petang hingga 4.00 pagi sejak awal Julai lalu.

"Kelmarin, sebanyak 2,681 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan selain sembilan tangkapan membabitkan pemandu mabuk serta samseng jalanan di seluruh negeri.

"Bagi operasi malam ini, sebanyak 863 saman dikeluarkan kebanyakannya membabitkan kesalahan tiada lesen memandu serta nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. Kita sita lima motosikal (seluruh Selangor).

"Daripada jumlah itu, dalam operasi di Ampang Jaya sahaja sebanyak 141 saman dikeluarkan, dua motosikal disita serta tiga individu mabuk ditahan dalam empat sekatan jalan raya dilakukan di sekitar daerah sehingga jam 12 tengah malam tadi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai Operasi Mabuk dan Samseng Jalanan di Jalan Pandan Jaya menghala ke Ampang, awal pagi tadi.

"Pada masa sama, pihak polis menerusi pasukan Skuad 42 juga melakukan risikan dan pemantauan di lokasi panas yang kerap dijadikan sebagai litar lumba haram oleh samseng jalanan," katanya.

Bacaan lanjut menerusi pautan: https://www.hmetro.com.my/…/samseng-jalanan-pandu-lawan-aru…

‪StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia‬
‪HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, outdoor
Image may contain: 1 person, standing, night and outdoor
Image may contain: one or more people, people standing, car, night and outdoor
Image may contain: one or more people, people standing, night, car, tree and outdoor
Image may contain: one or more people, motorcycle and outdoor
Image may contain: 1 person, standing and outdoor
Image may contain: 1 person, motorcycle, night and outdoor
Image may contain: 1 person, standing and outdoor
ArtikelDiterbitkan 12 Jul 2020 7.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM