Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Polis Kesan 532 Individu Gagal Hadir Saringan Kedua Covid 19

Published: 11 Jul 2020 5.46 AM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Polis telah berjaya mengesan 532 individu yang menjalani kuarantin di rumah namun gagal hadir saringan kedua COVID-19 sebelum ini dengan kesemuanya didapati telah berbuat demikian di klinik kesihatan berdekatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-polis-kesan-532-individu-gagal-hadir-saringan-kedua-covid-19
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:25 MYT

Kuala Lumpur, 11 Julai 2020 - Polis telah berjaya mengesan 532 individu yang menjalani kuarantin di rumah namun gagal hadir saringan kedua COVID-19 sebelum ini dengan kesemuanya didapati telah berbuat demikian di klinik kesihatan berdekatan.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato Seri Abdul Hamid Bador berkata, polis kini menjejaki baki 45 individu.

Mereka yang telah dikesan merangkumi 303 orang di Selangor, Kuala Lumpur (156), Johor (62), tiga di Sabah, masing-masing dua di Pahang dan Kedah, serta seorang masing-masing di Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Sarawak, katanya.

Menurutnya polis menerima senarai 577 individu yang dikategorikan ‘tercicir’ terbabit, iaitu gagal hadir saringan kedua COVID-19, daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan pada Jumaat minggu lepas.

“Sehubungan itu, Jabatan Siasatan Jenayah telah melancarkan tindakan pengesanan ke atas individu-individu terbabit di seluruh negara,” katanya kepada Bernama di sini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1859453

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 11 Jul 2020 5.46 AMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM