Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Perlekeh Hari Jawi Polis Buka Kertas Siasatan

Published: 12 Jul 2020 1.25 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 12 Julai 2020 - Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung komen netizen yang memperlekeh hari Jumaat diumumkan sebagai 'Hari Jawi'.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-perlekeh-hari-jawi-polis-buka-kertas-siasatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:27 MYT

Kuala Lumpur, 12 Julai 2020 - Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung komen netizen yang memperlekeh hari Jumaat diumumkan sebagai 'Hari Jawi'.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Tuan Mior Faridalathrash Wahid berkata, satu laporan polis dibuat di Kluang, Johor.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998," katanya kepada Harian Metro.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebelum ini mengumumkan Jumaat sebagai Hari Jawi dalam usaha mengekal dan memperkasa sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga hari ini.

Susulan pengumuman itu, netizen memuat naik beberapa kenyataan menghina dan memperlekehkan usaha itu di laman sosial.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Perlekeh Hari Jawi Polis Buka Kertas Siasatan
ArticlePublished 12 Jul 2020 1.25 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM