Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Kalau Takut Jangan Jadi Pegawai Polis Kp Johor

Published: 29 Jun 2020 1.44 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Johor Bahru, 29 Jun 2020 - Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay mengakui menerima beberapa ancaman daripada sindiket Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) antarabangsa berikutan ketegasan pihaknya menggempur rangkaian sindiket berkenaan di Johor.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-kalau-takut-jangan-jadi-pegawai-polis-kp-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:27 MYT

Johor Bahru, 29 Jun 2020 - Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay mengakui menerima beberapa ancaman daripada sindiket Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) antarabangsa berikutan ketegasan pihaknya menggempur rangkaian sindiket berkenaan di Johor.

Bagaimanapun, Dato’ Ayob Khan menyifatkan ancaman yang diterimanya dalam memerangi rangkaian sindiket berkenaan di Johor sebagai lumrah sebagai anggota penguatkuasa.

Katanya, beliau menegaskan tidak akan sesekali tunduk dengan ancaman diterima sebaliknya akan terus memperhebatkan operasi bagi mengekang kegiatan penyeludupan masuk atau keluar PATI.

"Memang ada usaha untuk mengambil tindakan ke atas saya termasuk ancaman diberikan. Ada menerusi WhatsApp, mesej dan Facebook juga.

"Itu adalah lumrah. Apa yang penting kita berhati hati dalam apa juga tindakan, kita berjaga-jaga dan yang selebihnya kita serah pada Allah. Selagi kita ikhlas berkhidmat, kita jangan takut. Kalau takut jangan jadi pegawai polis.

"Jadi guru, jadi wartawan pun ada yang terima ancaman. Itu biasa jadi tuan-tuan jangan bimbang jangan takut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di Johor Bahru, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut https://www.hmetro.com.my/…/kalau-takut-jangan-jadi-pegawai…

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Kalau Takut Jangan Jadi Pegawai Polis Kp Johor
ArticlePublished 29 Jun 2020 1.44 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM