Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Isu Video Tular Jspt Bukit Aman Buat Laporan Polis

Published: 02 Jul 2020 1.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 1 Julai 2020 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) membuat laporan polis, hari ini, berhubung kenyataan individu mempertikaikan pelaksanaan Operasi Tutup (Op Tutup) di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) berdekatan Temerloh, Pahang, Ahad lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-isu-video-tular-jspt-bukit-aman-buat-laporan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:37 MYT

Kuala Lumpur, 1 Julai 2020 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) membuat laporan polis, hari ini, berhubung kenyataan individu mempertikaikan pelaksanaan Operasi Tutup (Op Tutup) di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) berdekatan Temerloh, Pahang, Ahad lalu.

Pengarah JSPT Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu selepas melihat video berdurasi lebih satu minit berkenaan tular di media sosial, beberapa hari lalu.

"Jika dilihat rakaman video terbabit, individu itu seolah-olah memperlekehkan penugasan kami yang dikatakan mengehadkan kebebasan anak muda melakukan hobi mereka iaitu bermotosikal secara berkumpulan.

"Selepas meneliti video berkenaan, kami termasuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) merasakan wajar pihak JSPT membuat laporan berhubung perkara itu untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

Dato’ Azisman berkata, pihaknya melakukan operasi di lokasi terbabit selepas menerima maklumat awal menyatakan dianggarkan kira-kira 1,000 motosikal berada di lebuh raya berkenaan pada Ahad lalu.

Beliau berkata, sebaik menerima maklumat itu, pihaknya melakukan perancangan dengan kerjasama agensi lain bagi mengadakan operasi terbabit dan ia sama sekali tidak dilakukan sesuka hati.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.hmetro.com.my/…/jspt-bukit-aman-buat-laporan-po…

Sumber : Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Isu Video Tular Jspt Bukit Aman Buat Laporan Polis
ArticlePublished 02 Jul 2020 1.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM