Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan 205 Warga Pdrm Ahli Keluarga Dijangkiti Covid 19

Published: 27 Oct 2020 1.44 PM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Seramai 205 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk ahli keluarga mereka disahkan dijangkiti COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital di seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-205-warga-pdrm-ahli-keluarga-dijangkiti-covid-19
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:53 MYT

Kuala Lumpur, 27 Oktober 2020 - Seramai 205 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk ahli keluarga mereka disahkan dijangkiti COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital di seluruh negara.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, CP Dato' Ramli Haji Din, berkata setakat semalam, seramai 18 pegawai kanan PDRM disahkan positif COVID-19 dan 101 lagi kes positif membabitkan pegawai rendah.

"Lima lagi kes positif membabitkan kakitangan awam PDRM dan 81 kes adalah dalam kalangan ahli keluarga. Jumlah keseluruhan yang disahkan positif COVID-19 adalah seramai 205 orang," katanya kepada Berita Harian, hari ini.

Tambah beliau, sehingga semalam, dua dilaporkan sembuh, manakala seramai 1,899 warga PDRM termasuk kakitangan awam dan ahli keluarga sedang menjalani perintah kuarantin di kediaman masing-masing.

"Seramai 294 pegawai kanan, 1,243 pegawai rendah, 75 kakitangan awam dan 289 ahli keluarga kini sedang menjalani perintah kuarantin.

"Daripada jumlah itu, 146 sudah pun selesai menjalani perintah kuarantin sebelum dilakukan ujian saringan COVID-19 kali kedua," tambah beliau.

Pohon doa dari seluruh rakyat Malaysia untuk kesembuhan dan kesejahteraan warga PDRM serta ahli keluarga mereka yang dijangkiti wabak COVID-19.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/…/covid-19-205-warga-pdrm-ahli-k…

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 27 Oct 2020 1.44 PMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM