Artikel
Pkpd Covid 19 Video Pilihan Syabas Ppm Semporna Atas Keprihatinan Menjaga Kebajikan Penduduk Setempat
Kehadiran seorang lelaki yang berdayung sampan menghampiri sebuah bot ronda Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna di perairan Kampung Halo Bajau Palau, Semporna,...
Kehadiran seorang lelaki yang berdayung sampan menghampiri sebuah bot ronda Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna di perairan Kampung Halo Bajau Palau, Semporna, Sabah telah menarik perhatian para pegawai dan anggota yang sedang bertugas.
Lelaki yang dikenali sebagai Pakcik Ladja dari etnik Bajau Laut itu kemudian menyatakan hasrat untuk mendapatkan bekalan makanan buat keluarganya selepas kawasan berkenaan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Atas keprihatinan yang tinggi, pegawai PPM segera memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berwajib dan bantuan makanan telah disalurkan kepada Pakcik Ladja dan penduduk di kampung berkenaan dengan kadar segera.
Syabas diucapkan kepada para pegawai dan anggota PPM Semporna atas tindakan proaktif kalian dalam menjaga kebajikan dan keselamatan penduduk setempat demi mengekang penularan COVID-19.
Sumber: Pasukan Polis Marin
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

