Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Update Wanita Maki Polis Hoi Stupid Idiots Ketika Sekatan Jalan Raya Ops Covid 19 Didenda Rm3 100

Diterbitkan: 20 May 2020 8.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 20 Mei 2020 – Seorang pengurus jualan wanita yang sebelum ini tular di media sosial kerana memaki anggota polis dalam satu sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 pada akhir Mac lalu, hari ini didenda RM3,100 oleh Mahkamah Majistret di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-update-wanita-maki-polis-hoi-stupid-idiots-ketika-sekatan-jalan-raya-ops-covid-19-didenda-rm3-100
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:18 MYT

Petaling Jaya, 20 Mei 2020 – Seorang pengurus jualan wanita yang sebelum ini tular di media sosial kerana memaki anggota polis dalam satu sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 pada akhir Mac lalu, hari ini didenda RM3,100 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah mengenakan denda tersebut terhadap Tong Poh Kim, 44, selepas tertuduh yang sebelum ini mengaku tidak bersalah berkelakuan kurang sopan dan menghalang tugas anggota polis, menukar pengakuannya ketika kes itu disebut hari ini.

Tong didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Koperal Izuan dengan mengeluarkan kata-kata 'idiot' (bodoh) pada 9.40 pagi 31 Mac lepas di Jalan Persiaran Surian di sini mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman maksimum denda RM100.

Dia juga mengaku menghalang Koperal Izuan menjalankan tugas dan fungsi jawatannya di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan berkelakuan kurang sopan, Tong didenda RM100 atau penjara sehari manakala bagi kesalahan menghalang tugas anggota polis, wanita itu didenda RM3,000 atau penjara sebulan. Tong membayar denda itu.

Bacaan lanjut di pautan https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1843511

Sumber: Bernama

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 20 May 2020 8.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM