Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Sjr Jaga Keselamatan Masyarakat Keluar Masuk Ke Negeri Johor

Diterbitkan: 13 May 2020 10.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Tinggi, 13 Mei 2020 - Sekatan Jalan Raya (SJR) yang diletakkan di sekitar jalan keluar dan masuk negeri termasuk jalan utama ke ibu negeri, Johor Bahru bertujuan untuk menjaga keselamatan pengguna yang melaluinya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-sjr-jaga-keselamatan-masyarakat-keluar-masuk-ke-negeri-johor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:21 MYT

Kota Tinggi, 13 Mei 2020 - Sekatan Jalan Raya (SJR) yang diletakkan di sekitar jalan keluar dan masuk negeri termasuk jalan utama ke ibu negeri, Johor Bahru bertujuan untuk menjaga keselamatan pengguna yang melaluinya.

Selain jalan darat, SJR turut diadakan di daerah yang mempunyai pesisir pantai dengan tujuan membendung penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari negara jiran.

Tinjauan "team" Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman ke salah satu lokasi SJR Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini mendapati, anggota bertugas dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (RELA) masih cekal memantau pergerakan rakyat.

Bagi Sarjan Maheshwaran Letchumanan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, pengalaman bertugas di SJR ketika PKPB dengan rakan agensi luar merupakan antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

"Dalam penugasan kali ini, kami dari PDRM, ATM dan RELA sentiasa saling bantu membantu bagi memastikan keselamatan rakyat khasnya di negeri Johor terjamin," ujar Penyelia SJR Jalan Johor Bahru ke Kota Tinggi dengan penuh semangat.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, standing, car and outdoor

Image may contain: one or more people, car and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: one or more people, car and outdoor

Image may contain: one or more people, sky and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing, car, sky and outdoor
ArtikelDiterbitkan 13 May 2020 10.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM