
Pkpb Covid 19 Posting Pilihan Op Mabuk Jspt Kedah Terus Komited Tangkap Pemandu Mabuk
Alor Setar, 19 Jun 2020 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah telah menjalankan sekatan jalan raya sempena Op Mabuk sekitar kawasan Bandaraya Alor Setar, baru-baru ini.
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.
Jika disabit kesalahan, pesalah boleh didakwa di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.
JSPT Kedah juga akan terus melaksanakan operasi sedemikian demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Sumber : Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen KEDAH
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN