
Pkpb Covid 19 Posting Pilihan Kerajaan Pertimbang Larang Bawa Kanak Kanak Ke Tempat Tumpuan Ramai
Tindakan akan dikenakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) jika masih ada ibu bapa yang membawa anak-anak ke tempat tumpuan orang ramai sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan. Semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) PKPB sebelum ini masih berkuat kuasa sehingga tempoh 9 Jun ini.
Adalah menjadi tanggungjawab keluarga/penjaga untuk tidak mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya jangkitan COVID-19 dan tidak menggunakan kelonggaran yang diberi sewenang-wenangnya.
Kadar pematuhan rakyat Malaysia terhadap PKPB adalah 95 peratus dan kerjasama berterusan daripada rakyat Malaysia diperlukan bagi membantu dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN