Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Khidmat Kepada Masyarakat Di Tepi Jalan Raya Tetap Diteruskan Walau Pkpb Dikuatkuasakan

Published: 08 May 2020 9.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kajang, 8 Mei 2020 - Walaupun kebanyakan sekatan jalan raya (SJR) telah mula ditarik balik bagi memberi tumpuan kepada penguatkuasaan terhadap penjarakan sosial orang ramai, namun masih terdapat beberapa daerah di dalam negara yang meneruskan operasi pemantauan di jalan raya bagi memastikan keselamatan masyarakat terjamin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-khidmat-kepada-masyarakat-di-tepi-jalan-raya-tetap-diteruskan-walau-pkpb-dikuatkuasakan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:58 MYT

Kajang, 8 Mei 2020 - Walaupun kebanyakan sekatan jalan raya (SJR) telah mula ditarik balik bagi memberi tumpuan kepada penguatkuasaan terhadap penjarakan sosial orang ramai, namun masih terdapat beberapa daerah di dalam negara yang meneruskan operasi pemantauan di jalan raya bagi memastikan keselamatan masyarakat terjamin.

Tinjauan Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) di daerah Kajang, Selangor tadi mendapati masih terdapat tiga SJR yang masih aktif dengan kawalan daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Lokasi SJR 3 dalam kawasan Bangi Lama dengan Nilai merupakan antara lokasi sekatan yang masih kekal dibuat pemantauan untuk mengawal kenderaan keluar masuk ke kawasan perindustrian di negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

Walaupun memasuki hari ke-15 umat Islam menunaikan ibadah puasa hari ini, namun semangat, komitmen, ketegasan dan fokus setiap anggota bertugas dalam memeriksa kenderaan satu persatu secara terperinci termasuk penunggang motosikal, wajar dipuji.

Bagi penyelia SJR, Sarjan Mohd Khairul Sahimi Walah dan Sarjan Nurul Izzah Zainudin, kerjasama baik diberikan oleh masyarakat yang memahami tugas "frontliners" dalam mengekang wabak COVID-19 merupakan antara penyumbang bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjaya.

"Meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan selepas kerajaan mengumumkan PKPB, tiada kesesakan luar biasa berlaku di kawasan sempadan ini kerana masyarakat sentiasa patuh kepada arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa," ujar Sarjan Nurul Izzah yang juga Sarjan Aktiviti Balai Kajang.

Hadir sama semasa tinjauan dilakukan tadi ialah Pegawai Pemerintah 31 Artileri Kem Tun Ibrahim, Kajang, Leftenan Kolonel Tuan Syaipul Izan Haji Mohamad.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, car and outdoor
Sekitar penugasan anggota PDRM dan ATM sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Bangi Lama dan Nilai.

Image may contain: 1 person, outdoor
Bergambar kenangan.

Image may contain: one or more people and people sitting
Sekitar penugasan anggota PDRM dan ATM sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Bangi Lama dan Nilai.
 
 
 
 

Image may contain: one or more people and outdoor
Sekitar penugasan anggota PDRM dan ATM sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Bangi Lama dan Nilai.
 

Image may contain: 1 person, car
Sekitar penugasan anggota PDRM dan ATM sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Bangi Lama dan Nilai.

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Sekitar penugasan anggota PDRM dan ATM sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Bangi Lama dan Nilai.

Image may contain: one or more people and outdoor Sekitar penugasan anggota PDRM dan ATM sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Bangi Lama dan Nilai.

Image may contain: one or more people and people sitting
Sekitar penugasan anggota PDRM dan ATM sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Bangi Lama dan Nilai.

Image may contain: 1 person, car, hat and outdoor
Sekitar penugasan anggota PDRM dan ATM sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Bangi Lama dan Nilai.
ArticlePublished 08 May 2020 9.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM