Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Tidak Dihalang Jika Tunjuk Kad Kerja Surat Majikan Pengarah Jabatan Kdnka

Published: 23 Oct 2020 6.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 23 Oktober 2020 - Polis tidak akan menghalang atau menahan mana-mana individu yang mahu ke tempat kerja selagi mereka menunjukkan kad kerja atau surat pengesahan majikan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-tidak-dihalang-jika-tunjuk-kad-kerja-surat-majikan-pengarah-jabatan-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:20 MYT

Kuala Lumpur, 23 Oktober 2020 - Polis tidak akan menghalang atau menahan mana-mana individu yang mahu ke tempat kerja selagi mereka menunjukkan kad kerja atau surat pengesahan majikan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata, sekiranya pekerja menunjukkan kad kerja atau surat majikan, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

"Bagi kita (polis), selagi mereka menunjukkan kad kerja dan surat, kita tidak ada masalah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Bagaimanapun, menurutnya, setakat ini polis tidak menerima sebarang aduan pekerja dihalang pergi ke tempat kerja ketika melalui SJR.

"Polis tidak membenarkan mereka yang cuba merentas negeri tanpa sebarang surat permohonan.

"Kita hanya halang sekiranya ada individu itu cuba rentas negeri tanpa surat permohonan, itu tidak boleh," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
ArticlePublished 23 Oct 2020 6.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM