Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Perlu Surat Kebenaran Rentas Daerah Negeri

Published: 14 Oct 2020 2.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 14 Oktober 2020 - Individu yang bertugas dibenarkan merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-perlu-surat-kebenaran-rentas-daerah-negeri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:12 MYT

Kuala Lumpur, 14 Oktober 2020 - Individu yang bertugas dibenarkan merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi yang perlu melalui Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri lain, mereka dinasihatkan mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.

"Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat boleh dimuat turun menerusi pautan: /…/…/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf ATAU dapatkan di balai-balai polis berdekatan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: text
ArticlePublished 14 Oct 2020 2.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM