Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Periksa Rumah Ke Rumah

Diterbitkan: 22 May 2020 6.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Baling, 22 Mei 2020 - Polis melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah di daerah ini mulai kelmarin untuk mengesan individu yang ingkar apabila pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-periksa-rumah-ke-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:51 MYT

Baling, 22 Mei 2020 - Polis melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah di daerah ini mulai kelmarin untuk mengesan individu yang ingkar apabila pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Tuan Syed Basri Syed Ali berkata, polis akan mengesan mereka yang melakukan perjalanan merentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terbabit.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan bagi memastikan tiada mereka yang melanggar arahan dan pulang ke kampung menggunakan jalan tikus.

"Kita akan memastikan keadaan selamat dan tidak ada mereka yang ingkar atau melanggar arahan dikeluarkan.

"Setakat semalam (kelmarin) tiada kompaun dikeluarkan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah akan diteruskan menjelang Aidilfitri bagi memastikan PKPB dipatuhi," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Tuan Syed Basri berkata, anggota polis dibantu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan membuat pemantauan di pusat beli-belah serta kedai makan bagi memastikan orang ramai patuh arahan dan menjaga penjarakan sosial termasuk memakai pelitup muka.

"Menjelang hari raya, orang ramai yang keluar membeli keperluan perlu mematuhi prosedur operasi selamat (SOP) dan kita akan mempertingkatkan pemeriksaan," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 22 May 2020 6.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM