Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Patuhi Sop Pkpb Elak Jangkitan

Published: 23 Oct 2020 3.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 23 Oktober 2020 - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah sehingga 27 Oktober ini dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19 di kawasan berkenaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-patuhi-sop-pkpb-elak-jangkitan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:19 MYT

Putrajaya, 23 Oktober 2020 - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah sehingga 27 Oktober ini dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19 di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun hampir semua sektor ekonomi termasuk kedai makan dan perkhidmatan masih dibenarkan beroperasi dalam tempoh tertentu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Penting bagi semua penduduk di kawasan berkenaan mematuhi SOP sepenuhnya bagi membendung penularan COVID-19 gelombang ketiga di kawasan masing-masing.

PKPB kali ini hanya membabitkan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah bagi membendung penularan COVID-19 sehingga 27 Oktober ini yang kemudian akan bergantung kepada penilaian Kementerian Kesihatan sama ada diteruskan atau sebaliknya.

Majlis Keselamatan Negara juga menyarankan pekerja dari zon merah yang perlu datang ke pejabat supaya melakukan ujian calitan COVID-19.

Walaupun sebahagian kakitangan awam mula bekerja dari rumah, sistem penyampaian kerajaan tidak akan terjejas.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person
ArticlePublished 23 Oct 2020 3.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM