Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Hebahan Tawaran Pembayaran Saman Trafik Secara E Payment Dengan Diskaun Sehingga 50

Published: 16 May 2020 3.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Bermula 18 Mei 2020, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan membuka kaunter pembayaran saman secara berperingkat di semua balai polis trafik seluruh negara dengan tujuan memudahkan orang ramai untuk menjelaskan bayaran saman yang tertunggak serta pembekalan dokumen berkaitan kes kemalangan seperti salinan repot, gambar dan rajah kasar bagi tujuan tuntutan insurans.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-hebahan-tawaran-pembayaran-saman-trafik-secara-e-payment-dengan-diskaun-sehingga-50
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:04 MYT

Bermula 18 Mei 2020, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan membuka kaunter pembayaran saman secara berperingkat di semua balai polis trafik seluruh negara dengan tujuan memudahkan orang ramai untuk menjelaskan bayaran saman yang tertunggak serta pembekalan dokumen berkaitan kes kemalangan seperti salinan repot, gambar dan rajah kasar bagi tujuan tuntutan insurans.

Orang awam boleh terus berurusan di kaunter pembayaran saman atau pun pembekalan dokumen dengan mengikuti jadual hari dan masa yang telah ditetapkan. JSPT juga telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) norma baharu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) demi memastikan tahap keselamatan semua pihak terjamin.

Sebagai langkah meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan kadar diskaun sehingga 50 peratus bagi saman-saman tertentu selama 4 hari bermula dari 18 hingga 21 Mei 2020.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpb Covid 19 Hebahan Tawaran Pembayaran Saman Trafik Secara E Payment Dengan Diskaun Sehingga 50
ArticlePublished 16 May 2020 3.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM