Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Gerakmalaysia Keratan Akhbar Pilihan Orang Ramai Selesa Bergerak Waktu Malam

Published: 11 May 2020 3.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Subang Jaya, 11 Mei 2020 - Pemantauan udara oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pergerakan rentas negeri yang dibenarkan sejak 7 Mei lalu mendapati orang ramai lebih memilih melakukan perjalanan pada waktu malam berbanding siang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-gerakmalaysia-keratan-akhbar-pilihan-orang-ramai-selesa-bergerak-waktu-malam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:24 MYT

Subang Jaya, 11 Mei 2020 - Pemantauan udara oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pergerakan rentas negeri yang dibenarkan sejak 7 Mei lalu mendapati orang ramai lebih memilih melakukan perjalanan pada waktu malam berbanding siang.

Timbalan Komander (Operasi) PGU, SAC Tuan Noor Sham Md Jani berkata, perkara itu mungkin disebabkan keadaan cuaca dan orang ramai mahu melakukan perjalanan selepas berbuka puasa.

Tinjauan udara dilakukan bersama Tuan Noor Sham selaku kapten dibantu pembantu juruterbang, ASP Mohammad Firdaus Rosli dan Lans Koperal Nurfaseha Rahmat serta Lans Koperal Noorhayati Md Saat selaku pemerhati udara, menaiki helikopter AgustaWestland AW139 bermula di Pangkalan PGU Subang.

Tuan Noor Sham berkata, pemantauan di Lebuhraya Utara-Selatan sekitar Rawang dan Tanjung Malim, Perak serta Lebuh Raya Sungai Besi malam semalam mendapati kenderaan yang masuk ke Kuala Lumpur bertambah berbanding hari kedua pergerakan rentas negeri dilancarkan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19

Image may contain: one or more people and text
ArticlePublished 11 May 2020 3.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM