Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Gerakmalaysia Artikel Pilihan Suami Isteri Tinggal Berjauhan Boleh Rentas Negeri

Diterbitkan: 10 May 2020 8.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri buat suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 Jun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-gerakmalaysia-artikel-pilihan-suami-isteri-tinggal-berjauhan-boleh-rentas-negeri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:42 MYT

Putrajaya, 10 Mei 2020 - Kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri buat suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 Jun.

"Misalnya, suami bekerja di Perlis, isteri di Johor. Oleh kerana larangan perjalanan rentas sempadan negeri, ada suami yang dah tak berjumpa anak dan isteri selama dua bulan.

"Jadi saya nak mengumumkan kita berikan kelonggaran kepada suami atau isteri ini untuk melakukan perjalanan rentas sempadan negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga," kata Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd Yassin dalam Perutusan Khas disiarkan secara langsung, hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan negeri Sabah dan Sarawak akan memberi kelonggaran sama untuk tujuan berkenaan.

Katanya, permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: phone


ArtikelDiterbitkan 10 May 2020 8.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM