Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Sjr Di Laluan Sempadan Daerah Dan Negeri Selangor

Published: 13 Oct 2020 12.43 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 13 Oktober 2020 - Polis akan mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di semua laluan sempadan keluar daerah dan negeri Selangor bermula tengah malam ini hingga 27 Oktober nanti.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-sjr-di-laluan-sempadan-daerah-dan-negeri-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:29 MYT

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2020 - Polis akan mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di semua laluan sempadan keluar daerah dan negeri Selangor bermula tengah malam ini hingga 27 Oktober nanti.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Noor Azam Jamaludin berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan tiada sebarang pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, lokasi SJR membabitkan laluan sempadan keluar negeri Selangor ke Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

“SJR juga akan didirikan di sempadan-sempadan daerah dalam kontinjen Selangor.

“Dalam usaha menghadapi situasi ini, polis Selangor akan mengerakkan kekuatan yang ada secara keseluruhan dan ia akan dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia katanya ,”ketika dihubungi hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.kosmo.com.my/…/sjr-di-laluan-sempadan-daerah-d…/

Sumber: Kosmo

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 13 Oct 2020 12.43 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM