Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Rentas Negeri Balik Kampung Jangan Menyesal Kemudian Hari

Diterbitkan: 18 May 2020 2.55 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 18 Mei 2020 - Menjelang sambutan Aidilfitri Ahad ini, cubaan merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung halaman masing-masing dilaporkan semakin meningkat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-rentas-negeri-balik-kampung-jangan-menyesal-kemudian-hari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:42 MYT

Kuala Lumpur, 18 Mei 2020 - Menjelang sambutan Aidilfitri Ahad ini, cubaan merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung halaman masing-masing dilaporkan semakin meningkat.

Sebanyak 1,248 kenderaan diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika cuba melepasi sekatan jalan raya pada Sabtu manakala sehari sebelumnya sebanyak 508 kenderaan turut diarah berbuat demikian.

Walaupun perjalanan melebihi radius 10 kilometer sudah dibenarkan dan tiada lagi had perjalanan hanya sehingga jam 10 malam, namun pergerakan merentas negeri masih lagi belum dibenarkan.

Ini kerana tindakan merentas negeri boleh menyumbang kepada risiko jangkitan Covid-19 kepada keluarga masing-masing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah turut menyatakan kegusaran dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang cuba curi-curi merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

Dr. Noor Hisham memaklumkan sehingga semalam, sebanyak 971 kes positif Covid-19 iaitu 14.1 peratus daripada keseluruhan 6,894 kes mempunyai sejarah merentas negeri.

Tambahan pula, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan di Malaysia juga adalah berkaitan dengan aktiviti merentas negeri dengan sepuluh daripada kluster itu masih aktif.

Sementara itu, mengenai pembukaan rumah ibadat semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perkara berkenaan dijangka dimuktamadkan hari ini.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 18 May 2020 2.55 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM