Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Polis Terpaksa Bertegas Halang Orang Luar Laksana Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid Negara

Published: 25 May 2020 7.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 25 Mei 2020 - Walaupun berulang kali diberitahu tiada kebenaran untuk solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara, namun masih ada segelintir orang luar yang cuba melakukan ibadah itu di luar perkarangan masjid berkenaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-polis-terpaksa-bertegas-halang-orang-luar-laksana-solat-sunat-aidilfitri-di-masjid-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:30 MYT

Kuala Lumpur, 25 Mei 2020 - Walaupun berulang kali diberitahu tiada kebenaran untuk solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara, namun masih ada segelintir orang luar yang cuba melakukan ibadah itu di luar perkarangan masjid berkenaan.

Tinjauan di kawasan itu awal pagi semalam mendapati, terdapat cubaan oleh sekumpulan umat Islam, termasuk warga tempatan dan asing untuk melakukan solat sunat itu, walaupun masih di bawah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Media difahamkan, solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara hanya dibenarkan untuk 30 orang sahaja, terdiri daripada kakitangan mereka sendiri, dan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara.

Namun, baru sahaja mengangkat takbir, mereka telah diarahkan berhenti oleh berapa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia ATM) yang tiba di situ, kerana melanggar PKPB yang ditetapkan, dan diarahkan berkumpul di hadapan perkarangan Masjid Negara.

Pihak polis bagaimana pun membenarkan kesemua individu berkenaan untuk bersurai, dan hanya diberi amaran keras untuk tidak berkumpul lagi.

Sebelum ini media melaporkan, hanya Masjid Negara sahaja yang dibenarkan untuk melaksanakan solat Jumaat, solat berjemaah, solat Terawih dan solat sunat Aidilfitri dalam tempoh PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato' Paimuzi Yahya berkata, kebenaran itu diberikan kepada Masjid Negara kerana masjid itu satu-satunya rumah ibadat umat Islam yang berada dalam kawasan zon hijau.

Masyarakat diingatkan sekali lagi agar terus mematuhi PKPB sebagaimana yang telah dikuatkuasanan bermula 4 Mei 2020 lalu. Kerajaan melaksanakan perintah larangan ziarah Aidilfitri bukan semata-mata untuk menyekat pergerakan orang ramai, akan tetapi adalah bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Sumber: Astro AWANI

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Polis Terpaksa Bertegas Halang Orang Luar Laksana Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid Negara
ArticlePublished 25 May 2020 7.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM