Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Polis Mula Kompaun Individu Langgar Pkpb

Diterbitkan: 19 May 2020 12.50 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Tiada lagi nasihat dan amaran, sebaliknya bermula semalam, polis mula mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melanggar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-polis-mula-kompaun-individu-langgar-pkpb
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:15 MYT

Putrajaya, 19 Mei 2020 - Tiada lagi nasihat dan amaran, sebaliknya bermula semalam, polis mula mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melanggar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan seramai 127 individu ditahan polis semalam atas kesalahan melanggar SOP PKPB. Daripada jumlah itu 124 direman, tiga dibebaskan dengan jaminan polis. Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mengeluarkan 15 kompaun.

Jelasnya, polis akan mengambil tindakan lebih tegas selepas ini jika orang ramai masih berdegil melanggar peraturan PKPB, termasuk menghadapkan mereka ke mahkamah.

"Bermula semalam, polis mula mengeluarkan kompaun. Setakat ini, mungkin belum ada yang dihadapkan ke mahkamah, tapi selepas ini akan ada jika didapati melanggar SOP PKPB.

"Jangan ada anggapan polis akan biar saja pelanggaran ini tanpa tindakan undang-undang.

"Saya harap semua orang akan patuh pada setiap peraturan dan SOP yang dikeluarkan kerajaan. Jangan ambil kesempatan daripada tindakan awal polis yang hanya beri nasihat dan amaran," katanya selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan berikut, www.bharian.com.my/…/polis-mula-kompaun-individu-langgar-pk…

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Polis Mula Kompaun Individu Langgar Pkpb
ArtikelDiterbitkan 19 May 2020 12.50 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM