Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Polis Kunjung Rumah Hari Raya Kedua

Diterbitkan: 25 May 2020 1.21 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Gombak, 25 Mei 2020 - Sebuah keluarga dikejutkan dengan kehadiran anggota polis yang datang membuat pemeriksaan di rumah mereka di Kampung Kenanga di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-polis-kunjung-rumah-hari-raya-kedua
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:17 MYT

Gombak, 25 Mei 2020 - Sebuah keluarga dikejutkan dengan kehadiran anggota polis yang datang membuat pemeriksaan di rumah mereka di Kampung Kenanga di sini hari ini.

Pemilik rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 50, berkata, kesemua 18 tetamu yang datang ke rumahnya adalah rakan anaknya dan sanak saudaranya.

Menurutnya, beliau tidak menjemput saudara-mara bertandang ke rumah kerana akur dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

"Anak-anak mempelawa rakan mereka beraya kerana tidak sempat untuk mengunjungi kesemua rumah semalam.

“Saya tidak jemput mereka datang tetapi bila dah sampai sini, saya tidak tergamak hendak halau mereka.
“Lagipun tetamu yang datang, kebanyakannya rakan-rakan anak saya,” katanya ketika ditemui media ketika Operasi PKPB oleh polis Selangor hari ini.

Sementara itu, tetamunya, Zainudin Ibrahim, 58, berkata, beliau tidak menyangka pihak polis mengadakan pemeriksaan di kawasan perumahan pada hari kedua Aidilfitri.

Zainudin yang bekerja sebagai pemandu teksi berkata, beliau hadir bersama isteri dan lima anaknya dengan menaiki beberapa kereta dan motosikal.

“Saya datang sebab dijemput tapi jika tiada jemputan sekalipun kami akan datang ziarah sebab sudah jadi amalan setiap kali hari raya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Dato’ Fadzil Ahmat menasihati penduduk supaya akur dengan arahan kerajaan dan tidak melakukan 15 aktiviti yang dilarang sepanjang PKPB berkuat kuasa sehingga 9 Jun depan.

Menurutnya, antara aktiviti tersebut ialah mengadakan atau menghadiri majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka dan majlis berbuka puasa beramai-ramai.

“Perjalanan rentas negeri untuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri juga tidak dibenarkan.

“Saya terima laporan semalam sahaja, di negeri ini pihak polis mengeluarkan 19 kompaun iaitu 18 daripadanya bagi kesalahan merentas negeri dan satu kompaun bagi lain-lain kesalahan,” katanya.

Katanya, tindakan itu menunjukkan masih ada penduduk yang berdegil dan memandang ringan dengan isu tersebut.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Polis Kunjung Rumah Hari Raya Kedua
ArtikelDiterbitkan 25 May 2020 1.21 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM