Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Polis Akan Jejak Pihak Curi Curi Rentas Negeri

Diterbitkan: 18 May 2020 2.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Putrajaya, 15 Mei 2020 - Polis akan terus menjejaki individu atau mereka yang merentas sempadan negeri secara 'curi-curi'.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-polis-akan-jejak-pihak-curi-curi-rentas-negeri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:34 MYT

Putrajaya, 15 Mei 2020 - Polis akan terus menjejaki individu atau mereka yang merentas sempadan negeri secara 'curi-curi'.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan rentas negeri masih dikuatkuasakan dan pihak polis telah mula melakukan sekatan di sempadan negeri.

Justeru menurutnya, masyarakat yang mempunyai maklumat perlu tampil mendedahkan ketidakpatuhan yang berlaku.

"Yang 'curi-curi' itu saya tidak tahu betul atau tidak. Kadang-kadang provokasi sahaja.

"Kalau boleh, kalau betul mereka 'curi-curi', ambil gambar mereka. Macam dulu ada yang pernah swafoto, silakan. Pihak polis pasti cari mereka," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau menegaskan ketetapan larangan merentas negeri kini kembali normal iaitu tidak boleh melakukan rentas negeri kecuali dengan kebenaran polis.

"Sesiapa yang merentas negeri tanpa kebenaran polis akan dikenakan tindakan. Boleh dihukum di bawah Akta 342 dan dikenakan kompaun mereka atau membawa kes ke mahkamah," katanya.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Polis Akan Jejak Pihak Curi Curi Rentas Negeri
ArtikelDiterbitkan 18 May 2020 2.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM