Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Pkpb Fasa Nasihat Dan Amaran Berakhir Sanggupkah Kita Lalui Pkp Sekali Lagi

Diterbitkan: 13 May 2020 5.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 13 Mei 2020 - Fasa nasihat dan amaran kepada mereka yang sewenang-wenangnya mengabaikan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah berakhir.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-pkpb-fasa-nasihat-dan-amaran-berakhir-sanggupkah-kita-lalui-pkp-sekali-lagi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:39 MYT

Kuala Lumpur, 13 Mei 2020 - Fasa nasihat dan amaran kepada mereka yang sewenang-wenangnya mengabaikan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah berakhir.

Demikian penegasan Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai reaksi beliau terhadap laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa banyak kes ketidakpatuhan terhadap peraturan dan SOP PKPB sewaktu pemeriksaan dijalankan di seluruh negara.

Dato’ Sri Ismail mungkin mengeluarkan amaran sedemikian memandangkan baru sahaja 10 hari sejak PKPB dilaksanakan bermula 4 Mei lepas, namun sudah ramai yang menunjukkan 'taring' ketidakpatuhan mereka kepada SOP PKPB.

Dapat dilihat, di pelbagai lokasi, terutamanya pusat membeli-belah, pasar awam, malah di tempat kerja, peraturan dan SOP yang ditetapkan kerajaan mula dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak.

Situasi ini menggambarkan seolah-olah orang ramai mula mengambil mudah keseriusan kerajaan dan barisan hadapan yang berhempas pulas menentang dan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, musuh yang tidak kelihatan ini.

Mungkin juga terlalu selesa dengan angka-angka semasa COVID-19 di negara kita, misalnya semalam apabila mencatat hanya 16 kes positif baharu, terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac.

Disebabkan perkara-perkara seperti ini, maka tidak hairanlah apabila semalam kerajaan memutuskan fasa nasihat dan amaran berakhir dan mereka yang didapati melanggar SOP PKPB akan dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut Dato’ Sri Ismail, mereka yang didapati melanggar peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut di pautan: http://www.astroawani.com/…/pkpb-fasa-nasihat-dan-amaran-be…

Sumber: AstroAwani

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Pkpb Fasa Nasihat Dan Amaran Berakhir Sanggupkah Kita Lalui Pkp Sekali Lagi
ArtikelDiterbitkan 13 May 2020 5.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM