Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Pasukan Gerakan Udara Pdrm Komited Pantau Perairan Negara

Published: 10 May 2020 1.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sebanyak enam penerbangan dalam sehari dilaksanakan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan perairan negara selamat daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-pasukan-gerakan-udara-pdrm-komited-pantau-perairan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:50 MYT

Subang Jaya, 10 Mei 2020 - Sebanyak enam penerbangan dalam sehari dilaksanakan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan perairan negara selamat daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Timbalan Komander (Operasi) PGU, SAC Tuan Noor Sham Md. Jani berkata penugasan itu yang dilaksanakan sejak 23 April lepas, berjaya mematahkan beberapa percubaan pendatang asing tanpa izin membolosi perairan negara.

"PGU sangat komited memastikan perairan negara kita dipantau sepenuhnya bagi mengelakkan ‘kluster import’ masuk perairan negara.

"Kami mengambil sikap proaktif dengan melaksanakan enam penerbangan sehari iaitu empat penerbangan pagi dan dua penerbangan malam setiap hari yang meliputi kawasan dari Langkawi, Kedah sehingga Tanjung Piai, Johor," katanya kepada Bernama selepas melakukan tinjauan melalui udara menggunakan helikopter di sekitar lebuh raya utama negara, malam tadi.

Menurut beliau, tiga jenis pesawat digunakan untuk pemantauan perairan negara sekitar Selat Melaka dan Langkawi iaitu Beechcraft King Air 350, Cessna Caravan 208 dan Agusta Westland AW139.

Tuan Noor Sham berkata pemantauan udara itu bermula awal pagi sehingga tengah malam yang setiap satu penerbangan mengambil masa tiga hingga lima jam, yang mendapati kebanyakan bot yang dinaiki pendatang asing akan cuba memasuki perairan negara sewaktu keadaan air laut pasang besar bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Jelasnya, cubaan pendatang asing tanpa izin memasuki perairan negara berjaya dipatahkan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Pasukan Polis Marin.

Bacaan lanjut menerusi: https://www.bernama.com/bm/am/news.php…

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN


ArticlePublished 10 May 2020 1.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM