Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Kejadian Berlaku Di Indonesia

Published: 15 May 2020 12.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Gombak, 15 Mei 2020 - Polis menafikan berlaku pergaduhan antara warga Rohingya dengan anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Pasar Borong Selayang seperti yang tular di media sosial hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-kejadian-berlaku-di-indonesia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:23 MYT

Gombak, 15 Mei 2020 - Polis menafikan berlaku pergaduhan antara warga Rohingya dengan anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Pasar Borong Selayang seperti yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Tuan Arifai Tarawe berkata pihaknya tidak menerima laporan kejadian sedemikian berlaku di kawasan berkenaan.

"Tidak benar dan tiada kejadian berlaku di kawasan Selayang manakala kejadian itu dipercayai berlaku di Indonesia," katanya ringkas kepada Bernama.

Hari ini tular di media sosial, sebuah rakaman video berdurasi 36 saat memaparkan sekumpulan individu dipercayai cuba untuk membelasah sekumpulan pihak berkuasa yang dikatakan anggota MPS.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Kejadian Berlaku Di Indonesia
ArticlePublished 15 May 2020 12.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM