Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Hari Terakhir Rentas Negeri Lancar Keadaan Trafik Terkawal

Published: 10 May 2020 1.12 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 10 Mei 2020 - Pergerakan rentas negeri yang dibenarkan, memasuki hari keempat dan terakhir hari ini, dengan rata-rata perjalanan melibatkan pergerakan dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu lancar dan trafik terkawal.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-hari-terakhir-rentas-negeri-lancar-keadaan-trafik-terkawal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:50 MYT

Kuala Lumpur, 10 Mei 2020 - Pergerakan rentas negeri yang dibenarkan, memasuki hari keempat dan terakhir hari ini, dengan rata-rata perjalanan melibatkan pergerakan dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu lancar dan trafik terkawal.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi di Selangor, tiada kesesakan berlaku walaupun terdapat banyak kenderaan di beberapa lebuh raya di sekitar Shah Alam.

Tinjauan di Terminal Pengangkutan Awam Shah Alam, Terminal 17 di Shah Alam yang menjadi tumpuan mendapati orang ramai mula beratur untuk membeli tiket dan menaiki bas seawal 8.00 pagi, manakala setakat 10.30 pagi seramai 150 orang telah menaiki bas menuju destinasi masing-masing.

Pintu masuk berkenaan yang dikawal oleh kakitangan terminal berkenaan didapati mengikuti prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang antaranya menetapkan supaya suhu badan diambil sebelum seseorang dibenarkan masuk selain menyediakan cecair pembasmi kuman tangan untuk kegunaan pelanggan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini mengeluarkan jadual pergerakan rentas negeri selama empat hari bermula 7 Mei lepas bagi membolehkan orang ramai yang terkandas disebabkan penguatkuasaan PKP pulang ke kediaman masing-masing.

Bacaan lanjut menerusi: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1840243

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 10 May 2020 1.12 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM