Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Amaran Jangan Lepak Di Pantai Sepanjang Pkpb

Published: 25 May 2020 7.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Dungun, 25 Mei 2020 - Polis akan mempertingkatkan rondaan dan pemantauan di lokasi tumpuan ramai seperti di kawasan pantai dan rekreasi dalam daerah Dungun bagi mengelak perhimpunan demi memutuskan rantaian Covid-19.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-amaran-jangan-lepak-di-pantai-sepanjang-pkpb
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT

Dungun, 25 Mei 2020 - Polis akan mempertingkatkan rondaan dan pemantauan di lokasi tumpuan ramai seperti di kawasan pantai dan rekreasi dalam daerah Dungun bagi mengelak perhimpunan demi memutuskan rantaian Covid-19.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada musim perayaan hanya membenarkan aktiviti ziarah di rumah pada hari raya pertama.

"Namun, hasil rondaan di pantai Teluk Lipat semalam mendapati ada yang melepak dan bersantai di kawasan berkenaan.

"Selain tidak mengamalkan penjarakan sosial, mereka tidak memakai pelitup muka selain ada yang membawa kanak-kanak.

"Walaupun kita sedang menyambut Aidilfitri, namun peraturan dalam tempoh PKPB masih berkuat kuasa dan perlu dipatuhi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Superintendan Baharudin berkata, pihaknya hanya memberi nasihat dan meminta mereka beredar tanpa mengenakan sebarang kompaun, semalam.

"Bagaimanapun, tindakan kompaun akan dikenakan jika masih ada individu yang berdegil.

"Kita juga akan melakukan rondaan di kawasan perumahan dan kampung bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP ditetapkan memandangkan aktiviti ziarah raya hanya dibenarkan satu hari sahaja," katanya.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Amaran Jangan Lepak Di Pantai Sepanjang Pkpb
ArticlePublished 25 May 2020 7.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM