Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpd Covid 19 Pkp 3 0 Datuk Seri Haji Mazlan Lawat Pkpd Pangsapuri Sri Rakyat Di Bukit Jalil Dan Merpati A Di Ampang

Diterbitkan: 18 Jul 2021 2.41 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ampang, 18 Julai 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, hari ini, mengadakan lawatan kerja di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Pandan Indah, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpd-covid-19-pkp-3-0-datuk-seri-haji-mazlan-lawat-pkpd-pangsapuri-sri-rakyat-di-bukit-jalil-dan-merpati-a-di-ampang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:32 MYT
Ampang, 18 Julai 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, hari ini, mengadakan lawatan kerja di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Pandan Indah, di sini.

Dalam lawatan kerja ke Pangsapuri Merpati A tadi, beliau telah ditaklimatkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Tuan Mohamad Farouk Esha berhubung perkembangan terkini pengurusan PKPD yang baharu bermula di sekitar kawasan tersebut.

Turut hadir mengiringi beliau membuat lawatan kerja tadi ialah Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed dan SAC Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, SAC Tuan M.V Srikumar Nair.

Terdahulu Datuk Seri Haji Mazlan turut melawat Pangsapuri Sri Rakyat, Bandar Bukit Jalil dekat Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau turut diiringi Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kassim dan timbalannya DCP Dato' Yong Lei Choo meninjau operasi pematuhan di sekitar kawasan pangsapuri tersebut.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Annas Sulaiman dan wakil-wakil rakan agensi keselamatan lain yang turut membantu penguatkuasaan PKPD di Kontinjen Kuala Lumpur.

Jurugambar: Koperal Muhammad Rafsamjani Shamsul Bahar dan Konstabel Bryanlie Mustin

ArtikelDiterbitkan 18 Jul 2021 2.41 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM