Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Golongan Lelaki Culas Patuh Sop Sebanyak 66 697 Dikompaun Dari 18 Mac Hingga 3 Februari Lalu

Diterbitkan: 10 Feb 2021 4.45 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.06 PM
Petaling Jaya, 10 Februari 2021 - Golongan lelaki lebih culas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19 sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-golongan-lelaki-culas-patuh-sop-sebanyak-66-697-dikompaun-dari-18-mac-hingga-3-februari-lalu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:39 MYT
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Golongan Lelaki Culas Patuh Sop Sebanyak 66 697 Dikompaun Dari 18 Mac Hingga 3 Februari Lalu
Laman Utama / Artikel / Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Golongan Lelaki Culas Patuh Sop Sebanyak 66 697 Dikompaun Dari 18 Mac Hingga 3 Februari Lalu
Kembali ke Pustaka
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Golongan Lelaki Culas Patuh Sop Sebanyak 66 697 Dikompaun Dari 18 Mac Hingga 3 Februari Lalu

Petaling Jaya, 10 Februari 2021 - Golongan lelaki lebih culas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19 se...
Petaling Jaya, 10 Februari 2021 - Golongan lelaki lebih culas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19 sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Buktinya dari 18 Mac tahun lepas hingga 3 Februari lalu, sebanyak 81 peratus atau 66,697 lelaki dikenakan kompaun akibat ingkar SOP seperti tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan berada di luar tanpa alasan munasabah.

Daripada jumlah keseluruhan 82,141 kompaun yang dikeluarkan dalam tempoh tersebut, hanya 19 peratus atau 15,444 daripadanya adalah pesalah wanita.

Jumlah kompaun paling banyak dikeluarkan pula di empat negeri iaitu 19,765 di Selangor, ibu negara (17798), Perak (7,471) dan Johor (7,309).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata, setakat ini, kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan orang kena kompaun melunaskan bayaran di pejabat kesihatan daerah seluruh negara.

Katanya, polis hanya bertanggungjawab dalam pemantauan pematuhan SOP dan pembayaran kompaun RM1,000 adalah di bawah seliaan Kementerian Kesihatan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber: Utusan Malaysia

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 10 Feb 2021 4.45 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.06 PM