Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Nelayan Kecil Boleh Minta Surat Kebenaran Polis

Published: 10 Feb 2021 4.40 AM Updated: 15 Aug 2026 7.06 PM
Kuala Lumpur, 10 Februari 2021 - Nelayan kecil yang melakukan aktiviti perikanan secara sendirian tanpa majikan, dibenarkan untuk meneruskan aktiviti itu dengan mendapatkan surat kebenaran polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-nelayan-kecil-boleh-minta-surat-kebenaran-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:52 MYT
Kuala Lumpur, 10 Februari 2021 - Nelayan kecil yang melakukan aktiviti perikanan secara sendirian tanpa majikan, dibenarkan untuk meneruskan aktiviti itu dengan mendapatkan surat kebenaran polis.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata semua pemain sektor perikanan, sama ada yang menggunakan bot besar atau peraih kecil memang dibenarkan beroperasi sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerana termasuk dalam kategori perkhidmatan penting.

Bagaimanapun, beliau mengakui wujud kekeliruan berikutan kebanyakan nelayan kecil beroperasi secara sendirian, sekali gus tidak memiliki surat kebenaran majikan.

"Sejak awal diumumkan sektor berkaitan keperluan asas seperti pertanian, penternakan dan perikanan memang dibenarkan.

"Ini termasuk yang menangkap kupang, ikan, ketam dan sebagainya di pesisir pantai. Sama ada secara bot besar atau perahu kecil, kita benarkan.

"Cuma, yang kecil-kecilan ini memang tiada syarikat dan ada yang perlu merentas daerah.

Sumber: Berita Harian

ArticlePublished 10 Feb 2021 4.40 AMUpdated 15 Aug 2026 7.06 PM