
Artikel
Pkp Covid19 Posting Pilihan Pkp 3 0 Mdn Titip Kata Semangat Buat Petugas Sjr
Cheras, 3 Jun 2021 - Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin sempat menitipkan kata-kata perangsang buat para petugas ketika melakukan lawatan di loka...
Cheras, 3 Jun 2021 - Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin sempat menitipkan kata-kata perangsang buat para petugas ketika melakukan lawatan di lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) berhadapan Eko Cheras Mall, Jalan Cheras, di sini, petang tadi.
Selain berterima kasih atas pengorbanan yang dilakukan petugas barisan hadapan dalam memerangi COVID-19, beliau turut mendoakan keselamatan mereka agar sentiasa dilindungi Tuhan.
Dato' Seri Hamzah turut beramah mesra dan meninjau operasi pemantauan lalu lintas serta penugasan SJR yang diketuai oleh Inspektor Zulfadly Syazwan Zulkhair.
Sumber: Cheras Story
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN