Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid19 Artikel Pilihan Pkp 3 0 Larangan Keluar Rumah Selepas 6 Petang Tidak Benar

Diterbitkan: 03 Jun 2021 11.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 3 Jun 2021 - Polis menafikan satu klip video yang tular menerusi media sosial mendakwa mereka yang keluar rumah selepas 6 petang akan ditangkap, kecuali jika mempunyai urusan perubatan atau urusan kecemasan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid19-artikel-pilihan-pkp-3-0-larangan-keluar-rumah-selepas-6-petang-tidak-benar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:34 MYT
Kuala Lumpur, 3 Jun 2021 - Polis menafikan satu klip video yang tular menerusi media sosial mendakwa mereka yang keluar rumah selepas 6 petang akan ditangkap, kecuali jika mempunyai urusan perubatan atau urusan kecemasan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Tuan ACP Beh Eng Lai berkata antara lain, klip video itu yang menggunakan maklumat latar belakang Facebook ‘Kepong Community’, mendakwa arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara.

“Orang ramai dibenarkan keluar rumah untuk membeli makanan dan keperluan asas pada waktu kedai-kedai tersebut beroperasi hingga 8 malam sebagaimana termaktub dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertarikh 1 Jun 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tuan Beh yang menasihati orang ramai supaya tidak menularkan sebarang berita palsu atau fakta yang belum disahkan dengan pihak berkuasa, turut berkata satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat kes tersebut.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1968330

Sumber: BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 03 Jun 2021 11.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM