Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Video Pilihan Pkp 3 0 Geng Bhai Ceroboh Tapak Pembinaan Tumpas

Published: 15 Jun 2021 8.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Melaka, 15 Jun 2021 - Polis menumpaskan kegiatan satu kumpulan penjenayah dikenali sebagai `Geng Bhai' yang aktif memecah masuk kawasan pembinaan dan mencuri peralatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-video-pilihan-pkp-3-0-geng-bhai-ceroboh-tapak-pembinaan-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:34 MYT
Melaka, 15 Jun 2021 - Polis menumpaskan kegiatan satu kumpulan penjenayah dikenali sebagai `Geng Bhai' yang aktif memecah masuk kawasan pembinaan dan mencuri peralatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Tuan Afzanizar Ahmad berkata, hasil risikan, polis membuat dua serbuan berasingan di sebuah rumah di Taman Desa Cheng Perdana dan sebuah hotel di Batu Berendam, di sini.

Hasil serbuan itu, polis menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 21 hingga 45 tahun.

"Kumpulan terbabit mula aktif sejak PKP 1.0 pada pada Mac tahun lalu dan sudah melakukan sembilan pecah masuk tapak pembinaan sekitar Tanjung Minyak, Tengkera dan Malim dengan mencuri pelbagai barangan yang dianggarkan bernilai RM500,000.

"Modus operandi kumpulan ini adalah dengan menyasarkan tapak pembinaan kosong yang ditinggalkan sepanjang PKP dan tidak mempunyai pengawal keselamatan sebelum kumpulan ini akan mencuri pelbagai peralatan dan bahan pembinaan.

"Semua suspek yang juga penganggur direman selama 12 hari bermula 3 Jun lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../geng-bhai-ceroboh-tapak...

Sumber: Berita Harian


Pkp Covid 19 Video Pilihan Pkp 3 0 Geng Bhai Ceroboh Tapak Pembinaan Tumpas
ArticlePublished 15 Jun 2021 8.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM