Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Update Video Tular Lelaki Maki Hamun Peniaga Nasi Lemak Didakwa

Diterbitkan: 23 Jul 2021 8.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 22 Julai 2021 - Seorang lelaki yang videonya tular di media sosial kerana memaki hamun dan memarahi penjual nasi lemak, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan perkataan kesat dan tidak memakai pelitup muka.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-update-video-tular-lelaki-maki-hamun-peniaga-nasi-lemak-didakwa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:55 MYT
 
Kuala Lumpur, 22 Julai 2021 - Seorang lelaki yang videonya tular di media sosial kerana memaki hamun dan memarahi penjual nasi lemak, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan perkataan kesat dan tidak memakai pelitup muka.

J. Shyamalan, 33, seorang ahli perniagaan, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Dia didakwa mengaibkan kehormatan penjual wanita berumur 23 tahun itu dengan mengeluarkan perkataan kesat dan dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bapa kepada tiga orang anak itu juga didakwa tidak memakai pelitup muka di tempat awam yang pertuduhan itu dikemukakan di bawah Peraturan 17 (1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempat jangkitan) 2021.

Sabit kesalahan dia boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah kedai di Jalan Desa Bakti, Taman Desa di sini, pukul 10.30 pagi, 18 Julai lalu.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 23 Jul 2021 8.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM