
#PKP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 91,408 pemeriksaan semalam.
Ia melibatkan 4,760 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 20,018 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, 828 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 759 individu dikompaun, 68 direman manakala satu (1) lagi dijamin.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Tidak memakai pelitup muka (162)
- Individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (150)
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (134)
- Tiada penjarakan fizikal (103)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (86)
- Membawa penumpang berlebihan (85)
- Premis gagal patuhi arahan (10)
- Lain-lain (98)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (11 Jun 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#11062021