
Pkp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210606
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 67,733 pemeriksaan semalam.
Ia melibatkan 4,426 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 17,327 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, 982 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 933 individu dikompaun manakala 49 lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Tidak memakai pelitup muka (222)
- Gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (150)
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (133)
- Tiada penjarakan fizikal (125)
- Membawa penumpang berlebihan (105)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (89)
- Premis gagal patuhi arahan (23)
- Lain-lain (135)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (6 Jun 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#06062021