Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210605

Published: 05 Jun 2021 12.16 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 80,463 pemeriksaan semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210605
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:57 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 80,463 pemeriksaan semalam.

Ia melibatkan 5,069 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 20,710 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semalam, 952 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 870 individu dikompaun, 81 direman manakala seorang lagi dijamin.
Antara kesalahan direkodkan ialah:

- Tidak memakai pelitup muka (252)
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (176)
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran / makan di premis (116)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (110)
- Membawa penumpang berlebihan (98)
- Tiada penjarakan fizikal (84)
- Premis gagal patuhi arahan (10)
- Lain-lain (106)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (5 Jun 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
ArticlePublished 05 Jun 2021 12.16 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM