
#PKP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 71,549 pemeriksaan semalam.
Ia melibatkan 3,555 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 16,146 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, 792 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 781 individu dikompaun, 10 direman manakala seorang lagi dijamin.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Tiada penjarakan fizikal (180)
- Tidak memakai pelitup muka (170)
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (135)
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran / makan di premis (102)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (88)
- Membawa penumpang berlebihan (88)
- Premis gagal patuhi arahan (9)
- Lain-lain (20)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (2 Jun 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#02062021