
Artikel
#PKP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 70,972 pemeriksaan semalam. Ia melibatkan 3,605 Pasukan Pematuhan yang...
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 70,972 pemeriksaan semalam. Ia melibatkan 3,605 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 15,810 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, 694 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 685 individu dikompaun, lapan (
direman manakala satu (1) lagi dijamin.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Tiada penjarakan fizikal (179)
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (166)
- Tidak memakai pelitup muka (129)
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran (63)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (58)
- Lain-lain (99)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (25 Mei 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN